ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Selasa, 14 Februari 2012

Pokok Itu

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu pokok keimanan itu lebat dengan buah ketaqwaan
Kini ditinggal sepi lalu mula mereput
Buah ketaqwaan yang dulu menumpang masak di dahan pepohon
Kini jatuh lalu berguguran di bumi fana
Daun-daun keimanan yang dulu rimbun di ranting yang rapuh
Kini gugur lalu diterbangkan ke atmosfer cinta lain

Tiada lagi sukanya berada bersama (diambil dr duah-kechil.blogspot)

"getar cahaya di atmosfer cinta"

-dr buku Saksikan Bahawa aku seorang Muslim-

Mana hilangnya daun-daun keihklasan??
Mana hilangnya buah-buah amal??
Di manakah ia???




Datangkanlah kembali kesuburan itu
Supaya ia mekar dan subur seperti dahulu kala
Kurindukan semua itu…


" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku "
(51:56)

"Maka adakah patut kamu menyangka
 bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) 
sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
 Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" 
(23:115)

Waallahualam

Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan