ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Selasa, 31 Januari 2012

Labah-labah VS Embun

Bismillahirrahmanirrahim

Ada sebuah pohon  yang dikunjungi oleh seekor labah-labah

Dia begitu tekun dan bersungguh-sungguh membina sarangnya

Walaupun susah untuk membina sarangnya tetapi itulah sunatullah

Janganlah jadi seperti,

Embun yang menumpang malam di rantaian sutera labah-labah

Tatkala datangnya mentari, maka sirnalah ia dari sutera labah-labah itu

Embun itu akan menjadi tetamu sutera labah-labah saban fajar

Embun-embun segar di dunia tadi akan tersejat dan hilang entah kemana

Yang tinggal adalah kesedihan dan penderitaan semata-mata..

"Dan katakanlah wahai Muhammad,
beramallah kamu akan segala apa yang diperintahkan,
maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman
akan melihat apa yang kamu kerjakan." (al-Taubah: 105)


Wallahualam

Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

Rabu, 25 Januari 2012

Insan

Bismillahirrahmanirrahim..

Diriku bukanlah seorang insan yang sempurna...

 

Aku bukanlah seorang yang pandai akan akademik, tetapi aku cuba untuk menambahkan pengetahuanku itu,

Aku bukanlah seorang yang arif akan ilmu agama, tetapi aku cuba untuk mendalami agama Islam itu sendiri,

Aku bukanlah seorang yang pandai berkawan, tetapi aku cuba  untuk menjadi pendengar setia kepada kawanku,

Aku bukanlah seorang yang tiada perasaan untuk berkasih, tetapi aku cuba untuk mengawal diriku dari maksiat,

Aku bukanlah seorang kaya dengan harta, tetapi aku cuba untuk berkongsi susah bersama dengan yang lain,

Ku sedar diriku siapa, namun janganlah engkau memandang aku sebagai seorang yang tidak mempunyai perasaan..

Aku adalah manusia biasa yang punyai perasaan seperti manusia lain..

Sebab kita hidup di atas muka Bumi ini dengan pelbagai perwatakan..

Sekiranya sama perwatakan kita di atas muka Bumi ini, tidak dinamakan DUNIA..

Wallahualam
 
Siapa Yang Mengenali Dirinya, Pasti Akan Kenal TuhanNya

Firman Allah s.w.t:


أَوَلَمۡ يَتَفَكَّرُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۗ
Maksudnya: Dan mengapa mereka(manusia yang ingkar)tidak memerhatikan tentang kejadian diri mereka.(Ar-Rum:8)


Firman-Nya lagi:


فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَـٰنُ مِمَّ خُلِقَ
Maksudnya: Tidakkah manusia lihat,daripada apa dia dijadikan?(At-Tariq:5)


Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan