ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Rabu, 25 Januari 2012

Insan

Bismillahirrahmanirrahim..

Diriku bukanlah seorang insan yang sempurna...

 

Aku bukanlah seorang yang pandai akan akademik, tetapi aku cuba untuk menambahkan pengetahuanku itu,

Aku bukanlah seorang yang arif akan ilmu agama, tetapi aku cuba untuk mendalami agama Islam itu sendiri,

Aku bukanlah seorang yang pandai berkawan, tetapi aku cuba  untuk menjadi pendengar setia kepada kawanku,

Aku bukanlah seorang yang tiada perasaan untuk berkasih, tetapi aku cuba untuk mengawal diriku dari maksiat,

Aku bukanlah seorang kaya dengan harta, tetapi aku cuba untuk berkongsi susah bersama dengan yang lain,

Ku sedar diriku siapa, namun janganlah engkau memandang aku sebagai seorang yang tidak mempunyai perasaan..

Aku adalah manusia biasa yang punyai perasaan seperti manusia lain..

Sebab kita hidup di atas muka Bumi ini dengan pelbagai perwatakan..

Sekiranya sama perwatakan kita di atas muka Bumi ini, tidak dinamakan DUNIA..

Wallahualam
 
Siapa Yang Mengenali Dirinya, Pasti Akan Kenal TuhanNya

Firman Allah s.w.t:


أَوَلَمۡ يَتَفَكَّرُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۗ
Maksudnya: Dan mengapa mereka(manusia yang ingkar)tidak memerhatikan tentang kejadian diri mereka.(Ar-Rum:8)


Firman-Nya lagi:


فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَـٰنُ مِمَّ خُلِقَ
Maksudnya: Tidakkah manusia lihat,daripada apa dia dijadikan?(At-Tariq:5)


Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

Tiada ulasan: