ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Khamis, 31 Mac 2011

Sabariah n Syukuriah????

Bismillahirrahmanirrahim..

Di sebalik kisah SABARIAH & SYUKURIAH....

Mereka ini adalah sahabat yang setia.. Tidak seperti sahabat2 yang lain.. Dimana ada Sabariah, disitulah ada syukuriah... Dan sebaliknya juga...

Pada suatu hari, Sabariah berjalan di tepi tasik.. Tetapi Syukuriah tidak dapat ikut kali ini kerana ada hal yang perlu di selesaikan... Jadi, berseoranglah Sabariah di tepi tasik..

Tiba-tiba, Sabariah menghadapi dugaan apabila dia kehilangan handset kesayangannya.. Dia berasa sangat sedih dan menangis.. Dia cuba untuk mencari handset kesayangannya, malangnya handset itu tidak dijumpai...

Kemudian, Sabariah menelefon Syukuriah supaya ia boleh membantu Sabariah.. Disebabkan adanya rasa tanggungjawab akan sahabatnya, Syukuriah pergi berjumpa dengannya untuk membantu cari handset yang hilang..

Akan tetapi, handset itu tetap tidak dapat dijumpai.. Maka, Syukuriah menasihati sahabtnya supaya " Bersabarlah.. Setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya.. Dan engkau patut bersyukur engkau masih ade handset lagi satu... "..

Dengan rasa kesalnya, Sabariah mengucapkan syukur akan dugaan yang diberi oleh Allah kerana menagajarnya erti berSABAR dan berSYUKUR...

" Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar " (2:153)

" Dan sesungguhnya telah kami berikan nikmat keoada Luqman, iaitu, bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur ( kepada Allah ), Maka sesungguhnya ia bersyukur unruk dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji " (31:12)


Menagapakah tiada hari yang kita tidak akan mengeluh??.
.

Fikir-fikirkanlah...

Sesungguhnya
SABAR & SYUKUR itu tiada BATASNYA..

Namun, sebuah analogi akan muncul sekiranya sabar itu ada batasnya dan syukur pun ada batasnya.. Andai kata seorang manusia yang putus asa, maka dia akan lupa untuk bersyukur, dan jika dia mendapat kesenangan dan kebanggan maka dia akan mengatakan itu adalah hasil penat lelahnya.. Akhirnya, akan muncul sifat yang dibenci oleh Allah iaitu UJUB...

Oleh itu, dalam BERSABAR perlulah ada rasa BERSYUKUR.. yang penting kepada ALLAH SWT..

Wallahualam


Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

Rabu, 9 Mac 2011

Kerana HANA???

Bismillahirrahmanirrahim...

Detik 2.00 petang...

Berpusu-pusu sahabt2 sekalian memasuki kelas.. ade yg mgantuk, gembira nk belajar n xde prasaan pon ade.. baiklah hr nie kita akan belajar tajuk إدارة جلسة افتتاحية لمخيم اللغة العربية

Ble sampai kt satu part je iaitu حَان..

ma makna hana???? Hana??? Siapakah itu?? Benda apakah itu???

Mgikut MR. GOOGLE kita hana tu mksdnya datang.. jadi datang ape pulak nie??

Tiba2 seorang ustaz bgi satu ayat

“ TELAH MASUK WAKTU ASAR BAGI KAWASAN2… JADI APA YANG MASUK???? ”

Ape lagi mcm2 jawapan la yg didngari dari tepi, belakang, depan (oops ustaz la kt depan, maaf ye ustaz)..

“ Ustz, waktu tu lah yg tlh masuk kawasan tu ”

“ Ustz, kawasan tu la telah masuk waktu ”



Konfius…

Hati merasakan pelik dgn jawapan2 yg diberikan oleh sahabt2…

Ape bezanya waktu msuk dlu or kawasan yg msuk waktu???

Tiba-tiba ade yg bersuara : “ Ustz, saya rse kita yg masuk waktu itu ”…

Lagi la pelik jawapan die…

Tp apa yg nk dipelikkan… ada suara yg ckp : “ ustz explain skit ”

“ Bermula dari pagi sampai la malam, kita yang bergerak kan, jam tidak bergerak, ia hanya statik je… Betul x??? ”


Dalam diam hati bermadah :

Aah selama ini kita je yg bergerak mgikuti putaran bumi… Tetapi masa tetap sme.. Ia tetap berlalu kerana kita sebagai manusia yang perlu merebut dan mendapatkan dengan menggunakan kesempatan waktu itu dengan sebaiknya…

Firman Allah dalam surah Al-Asr :

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" (Al-Asr 103: 1-3).

TETAPI, pernah tak kita berfikir, kalau masa tak bergerak, kita yang bergerak tanpa melakukan kerja yang bermanfaat, JADI ADAKAH KITA INI UMPAMA ROBOT YANG MAKAN ELEKTRIK JE???? Renung-renungkanlah dan selamat beramal…

INGATLAH!!

Masa-masa yang berlalu adalah sejarah
Kehidupan adalah hari ini
Esok belum pasti
Biar apa pun perancangannya
Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak
Bukan hakiki
Yang penting dalam hidup ini
Juga suatu kewajipan
Mempercayai takdir juga qada dan qadar

Wallahualam..


Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan