ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Jumaat, 22 Julai 2011

Jauh Berjalan Luas Pengetahuan - PART 2


PART 2

Bismillahirahmanirrahim

Sambungan…

Keesokan harinya,

“ Ok, apa kita nak buat hari ini? ”, Tanya seorang sahabat..

“ Mula-mula kita pergi cuci kereta, masuk dalam mesin tu.. Lepas tu, kita pergi sek. rendah dan menengah.. petang kita pergi rehlah tepi pantai ok? ”, Tanya sahabatku..

“ Kita ok aje ”, jawab diri ini…

Jadilah orang yang bermanfaat dan bukan orang yang diklasifikasikan Allah berada dalam kerugian sehingga kita bukan saja berada dalam kebenaran sendiri-sendiri, tetapi sentiasa menjadi sahabat yang bermanfaat buat sahabat kita dan orang-orang di sekitar kita...

( seronok sebab tak pernah masuk mesin cuci kereta, selalu cuci sendiri, teruja nak pergi jmpe anak murid mualimah kepada sahabat diri ini, semangat nak pergi pantai untuk merasai tiupan angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa )

Bila sampai di sekolah mualimah tu, kami berjumpa dengan umminya… Rupa-rupanya kami ada task untuk petang itu iaitu memasak.. Bila masak, perlu ada kesabaran, ketabahan dan kekuatan fizikal dan mental.. jangan lupa diiringi zikir dan doa.. yang penting perlu ada kerjasama jika memasak beramai-ramai…

Hasilnya adalah BAKSO untuk menu mlm tu.. dan akan ditambah PUDING TELUR ( PUDDING KARAMEL ) oleh ummi sahabat..

Selepas selesai task yang diberi, kami bergerak ke pantai untuk rehlah.. Sangat seronok dan tidak tergambar kata-kata yang diucapkan… Indah sungguh ciptaan Allah..

“ Dialah (Allah) yang menundukkan lautan (untuk kamu) agar kamu dapat memakan darinya daging (ikan) yang segar, dan (agar) kamu mengeluarkan dan lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari karunia-Nya (selain yang telah disebut) semoga kamu bersyukur (16: 14) ”

Dan disambung lagi ayat Al-Quran :

Apabila kamu bersyukur maka pasti akan Kutambah (nikmat-Ku) " (14: 7)

Ya Allah sangat banyak nikmat yang engkau telah berikan kepada penduduk bumi ini.. Tetapi adakah kita ( termasuk diri ini ) BERSYUKUR?? Jadi renung-renungkanlah…

Bersambung…

Waallahualam

“ Sebarkan salam, Semarakkan amal, Jadilah pecinta Al-Quran ”




Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

Isnin, 18 Julai 2011

Jauh Berjalan Luas Pengetahuan - PART 1


"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."

[surah al-Hajj:46]

PART 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Tempat : Kemaman, Terengganu

Tarikh : 9 - 12 Julai 2011

Pada 9 Julai 2011, diri ini bersama sahabat2 yang lain merancang untuk berjaulah di rumah sahabat..

Alhamdulillah kita hanya merancang, tetapi ALLAH menentukan segala-galanya…

“ Salam ibu, akak baru bgerak dr kk1 ”, Message Sent


Received message “ Banyakkan doa dan bzikir ”..

Dengan berbekalkan secebis kata dari ibuku yang sentiasa menemani apabila berjalan ke mana-mana..

Mungkin, ibu bapa lain membekalkan duit, makanan dan lain-lain.. Tapi cukuplah bagiku dengan seuntai kata yang menjadi bekalan sepanjang perjalanan jaulah ini..

Pada hari yang sama, warga Malaysia sibuk dengan berita tentang BERSIH 2.0, diri ini pun tidak ketinggalan juga.. Berita tetap berita, jaulah tetap jaulah.. Buang yang keruh, ambil yang jernih… Setiap orang ada pandangan masing-masing.. Tetapi janganlah sampai memudaratkan orang lain..

“ Dan Allah memberikan misalan; sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (16: 112)

“ Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi. ” (26:183)

Bila akal menguasai minda.. Bila ketidakpuasan berada di jiwa... Bila Iman tiada di jiwa..

DAN

Pemberontakan merasuk jiwa.. Macam2 boleh terjadi... Yang pentingnya tepuk dada tanya IMAN.. Mahukan keamanan ataupun sebaliknya..

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas.. Dan kami selamat sampai di Kemaman..

Bersambung..

Waallahualam

“ Sebarkan salam, Semarakkan amal, Jadilah pecinta Al-Quran ”


Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan