ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Isnin, 18 Julai 2011

Jauh Berjalan Luas Pengetahuan - PART 1


"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."

[surah al-Hajj:46]

PART 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Tempat : Kemaman, Terengganu

Tarikh : 9 - 12 Julai 2011

Pada 9 Julai 2011, diri ini bersama sahabat2 yang lain merancang untuk berjaulah di rumah sahabat..

Alhamdulillah kita hanya merancang, tetapi ALLAH menentukan segala-galanya…

“ Salam ibu, akak baru bgerak dr kk1 ”, Message Sent


Received message “ Banyakkan doa dan bzikir ”..

Dengan berbekalkan secebis kata dari ibuku yang sentiasa menemani apabila berjalan ke mana-mana..

Mungkin, ibu bapa lain membekalkan duit, makanan dan lain-lain.. Tapi cukuplah bagiku dengan seuntai kata yang menjadi bekalan sepanjang perjalanan jaulah ini..

Pada hari yang sama, warga Malaysia sibuk dengan berita tentang BERSIH 2.0, diri ini pun tidak ketinggalan juga.. Berita tetap berita, jaulah tetap jaulah.. Buang yang keruh, ambil yang jernih… Setiap orang ada pandangan masing-masing.. Tetapi janganlah sampai memudaratkan orang lain..

“ Dan Allah memberikan misalan; sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (16: 112)

“ Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi. ” (26:183)

Bila akal menguasai minda.. Bila ketidakpuasan berada di jiwa... Bila Iman tiada di jiwa..

DAN

Pemberontakan merasuk jiwa.. Macam2 boleh terjadi... Yang pentingnya tepuk dada tanya IMAN.. Mahukan keamanan ataupun sebaliknya..

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas.. Dan kami selamat sampai di Kemaman..

Bersambung..

Waallahualam

“ Sebarkan salam, Semarakkan amal, Jadilah pecinta Al-Quran ”


Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

Tiada ulasan: