ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Khamis, 13 Januari 2011

" Mengapa Menangis ?.."


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t… Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang.. Pertama-tamanya apa khbr rakan-rakan pembaca sekalian??.. Iman ok?? Adakah smua msh disinari dengan “ NUR ”??.. Jika ya Alhamdulillah, namun jika bukan insyaallah akn tiba masa itu nnt.. Aminn.. Ha, bgaimana dgn kehidupan sharian sbg seorang khalifah dan hamba??.. Adakah berjalan lancar atau dipenuhi onak dan duri serta berliku-liku??? Jadi sama2lah kita memikirkannya…

Baiklah, kali ini ingin dibawa kisah seorang hamba Allah yg ditimpa dugaan… Pada suatu hari, ada seorang sahabat yg mrasakan dirinya tidak diperlukan… Lalu, menangislah hamba Allah yg lemah lagi hina ini… tanpa disedari, kesedihan yang dirasai oleh hamba Allah itu dirasai oleh sahabat yg seangkatan dgnnya.. dengan rasa nilai sbg seorang sahabat, maka bertanyalah sahabat yg myedari akn kesedihan sahabatnya itu.. Bertanya sahabat kepada hamba Allah itu : “ Mengapa engkau bersedih?”… Akhirnya hamba Allah itu menceritakan segala kesedihan yang dialaminya itu… akhirnya, terurai lah masalahnya itu dengan berkata kepada hamba Allah itu : “ Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah beri sesuatu yang lain.. Itu tidak mustahil… Oleh itu, berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah yang menentukan segalanya.. Yakinlah wahai sahabatku.... Firman Allah s.w.t. : “Jangan takut, jangan berdukacita. ”- Al-Ankabut 29:33… ”

Jadi apa yang boleh kita lihat disini??? Sedih adalah seorang makhluk, kerana biarpun ia tidak dapat dilihat dgn pancaindera ttpi ia boleh dirasai di hati… Begitulah ragamnya sekeping hati yang kita bawa selagi nafas mampu dihela.. Namun pernahkah kita fikirkan sesuatu disebalik rasa itu... Maksud saya, apabila kita rasa gembira, adakah kerana perkara itu memang menggembirakan atau kita yang membenarkan hati kita rasa gembira dalam melaksanakan sesuatu yang menggembirakan itu? Begitu juga apabila kita rasa sedih, adakah perkara itu memang sifatnya menyedihkan atau kita yang menghantar isyarat pada hati kita untuk bersedih dan berduka?... maka apa tindakan yang patut kita lakukan???

Berjalan, melihat, dan mentafsir di jalanan permusafiran.. Hidup biar bermakna.. Jangan pernah merasa penat di jalanan dakwah… KERANA Allah sudah menjanjikan kerehatan yang panjang di negeri abadi…

Oleh itu, tersenyumlah.. Jangan menunggu bahagia untuk tersenyum.. Namun, engkau tersenyumlah agar engkau bahagia… dan LA TAHZAN


Hati...maafkan aku kerana membiarkan kau merintih sedih…

Maafkan aku kerana tidak dapat merawat luka ku sendiri…

Sabarlah wahai hati.... sabarlah dalam penantian ini…

Hati... Kuisikan dikau dgn satu nama... ku isikan dikau dgn satu rasa…
Sabarlah wahai hati...biarlah kupujuk kau sendiri..


Wallahualam..
syukran..
ilalliqa'...

Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

2 ulasan:

rimbunhijau berkata...

salam abel..
be strong ea..

ALLAH tahu setakat mana kekuatan kita..

dan ujian itu takkan melebihi kesanggupan hambaNya..

" NuR Itu CaHaYa " berkata...

insyallah.. mgkin Allah menyayangi hambaNya..kalau kte xkuat Allah xkan bg ujian tu pd kita.. mgkin hanya DIA YANG ESA lebih mgetahui..