ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Selasa, 24 Mei 2011

Kini ku kembali sebagai seorang hambaMu...

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah!! Lama sungguh tidak meng-update blog ni...

Selalu menggunakan alasan sibuklah, nak kena ada moodlah, takde idea la...”

Bangkitlah, wahai diriku... Itu hanyalah alasan semata-mata...

Ramai yang sudah menanyakan bila diriku ingin meng-update blog ku ini...

Insyaallah, saya cuba untuk meng-istiqomah kan diri ini untuk sentiasa meng-update blog..

Kena lah rajin-rajinkan diri, hendak buat sesuatu kebaikan memanglah susah, TAPI buat keburukan sangat senang nak lakukan.... Betul tak??

Bagaimana hendak mencapai cita-cita sebagai insan yang DAIE & MURABBi, jika kita masih di tempat yang sama...

TIADA YANG LEBIH INDAH MELAINKAN MENJADI INSAN YANG DAIE DAN MURABBI

Betul tu... Sangat indah kan??

Namun, tidaklah sukar untuk kita menuju ke arah insan yang Daie dan Murabbi..

Kenapa??

Sebab, kita ini dilahirkan dengan seputih kalbu, semakin dewasa semakin ia tercorak.. Ia seperti kain putih pada awalnya, kemudian ia dicorakkan sebab kita sudah ada kemahiran untuk mewarna, melukis dan sebagainya... Jika pandai kta mencorakkan ia cantiklah lukisan itu...

Tetapi..

Adalah mustahil untuk kita kekal seperti dulu.. Terhijab dari daripada sebarang dosa... Samalah juga dengan kain putih yang telah dicorakkan.. Boleh ke kembali kepada yang asal??

Jadi??

Didikan ibubapa menjadi asas dan kita yang menggariskannya.. Samalah juga dengan isi kandungan Al-Quran, Allah telah menetapkan perintahNya sejak azali lagi.. Kita ini sebagai seorang hamba hendak ikut atau tidak...

Dalil..

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. " Mereka berkata, "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. " (QS. Al-Baqarah: 30).

“Kemudian Kami jadikan kamu sebagai khalifah diatas muka bumi selepas mereka (umat-umat terdahulu) ini untuk Kami lihat bagaimana kamu menjalankan amalan itu.” (Yunus: 14)

Banyak alasan-alasan yang didengari...

“AKU TAK LAYAK, DAIF ILMU AGAMA BERBANDING ORANG LAIN”

“AKU NAK BAIKI DIRI DULU SEBELUM NAK TEGUR ORANG LAIN”

“AKU TAK SEDIA LAGI LA”

“AKU TAK DAPAT HIDAYAH LAGI”

sedar tak sedar ianya semakin berlanjutan… Tetapi sampai bila???

“Allah S.W.T tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang akan mengubahnya.” (13:11)

Back to basic diri sendiri....

Nasihat bersama,

Ukhti ,

Kunci kekuatan kita adalah UKHUWAHFILLAH dan titik tolak kita adalah JEMAAH... 1 PEGANGAN 1 WADAH kerana ALLAH S.W.T.

Ukhti,

Sahabat-sahabat kita di luar sana memerlukan bimbingan, janganlah tanam perasaan benci jika mereka banyak menyakiti TETAPI kenakalan mereka kerna memerlukan perhatian kita..

Ukhti,

Janganlah kita memandang rendah akan mereka, kerna dikhuatiri mereka akan menjadi seorang Daie dan Murabbi yang lebih berjaya daripada kita ini.. Janganlah berasa bangga dengan ilmu yang kita ada.. Ilmu itu tidak akan habis dipelajari sampai bila-bila...

Ukhti,

Tiada yang lebih indah melainkan menjadi insan yang Daie dan Murabbi.. Salam yang bersambut dan Ukhwah yang bertaut keranaNya adalah perintis untuk kita membanteras penyakit umat pada masa kini...

Ukhti,

Bersamalah kita bergandingan dalam mencapai satu tujuan yang sama iaitu MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T... Hilangkan rasa gelisah, resah, irihati, sifat mazmumah TETAPI hubungkanlah dengan rasa kasih sayang sesama kita dan sifat mahmudah...

Ukhti,

Uhubukifillah abadan abada buat sahabat-sahabat yang membaca coretan kali ini.. Ayuh bangkit bertebaran diatas muka bumi ini menjalankan perintah ALLAH...

Renung-renungkanlah & Selamat beramal..

" Sebarkan salam, semarakkan amal "



Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

1 ulasan: