ReNunGaN bErsaMa>>

Islamic Widget

Jumaat, 12 Ogos 2011

Jauh Berjalan Luas Pengetahuan - PART 4

PART 4 ( akhir )

Bismillahirrahmanirrahim

Sambungan...

Last day in Terengganu...

Pagi semua bangun awal, sarapan awal, bersiap awal.. Senang cerita semua awal... Sebab apa ye? Sebab hari ini nak pergi rehlah ke Sg. Loh.. Follow adik2 yang akan ada mukhayam khoriji... Alhamdulillah rancangan yang dirancang begitu cepat berjalan lancar..

Perjalanan yang mengambil masa 2 jam ( kalau tak silap ) sangat menyeronokkan... Alhamdulillah sampai juga tempat yang dirancang... Tetapi, line telefon tiada di kawasan itu.. Dalan hati berkata, macam mana orang di sini berhubung ye?.. Sedangkan kita baru tiada line pun dah kecoh satu kereta, apatah lagi diorang.. Relax je..


Apa lagi bila dah sampai, mula tak sabar-sabar nak jumpa sungainya... Nak main air...

Jadilah seperti air. Dan jangan ikuti jejak awan.. Air mengajarkan kita untuk sentiasa merendah.. Walau berasal dari tempat yang tinggi, ia selalu ingin ke bawah.. Semakin besar, semakin banyak jumlahnya.. Air kian bersemangat untuk bergerak ke bawah... Ia selalu mencari celah untuk boleh mengaliri dunia di bawahnya... TETAPI awan berasal dari tempat yang rendah, tapi ingin cepat berada di tempat tinggi... Semakin ringan, semakin ia tidak berobot.. Awan semakin ingin cepat meninggi.. Ketinggian awan cuma jadi bahan permainan angin..


“ Yuk kita pulang nak? Dah lambat nie.. Nak cari line”, pesan seorang sahabat..


Walaupun berat hati nak tinggalkan tempat itu tapi tidak mengapa..

kalaulah ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi,

kalaulah ada umur yang panjang, bolehlah kami datang lagi.....


Apa yang diri ini dapat dari kawasan itu ialah semangat berdikari yang sangat tinggi diperlukan.. SEBAB perlu mencari bekalan elektrik, tempat bersalin pakaian dan lain-lainla...


Sebelum pulang ke rumah.. “ Jom kita singgah pantai kemasik.. Tempat tu sangat best kan..”, diri ini berkata dengan semangatnya..


Ya Allah memang angin, laut, pasir dan segala-galanya engkau ciptakan dengan begitu sempurna...


Bila tengok ombak yang datang memukul pasir putih dan lembut teringat pada satu cerita... ( sebab diri ni suka sangat cerita ni ) ( Tetapi ada ubah sikit )


CERITA PASIR DAN BATU

Dua orang rakan, bernama A dan B sedang berjalan di tepi pantai... Semasa perjalanan tersebut, mereka bergaduh, dan A telah menampar muka B.. B terasa sakit disebabkan tamparan itu, tanpa berkata apa-apa, B menulis ayat ini di permukaan pasir..

Mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk mandi di situ.. sedang B leka bermandi-mandian di laut tersebut, dia tiba-tiba dipukul ombak dan hampir lemas, tapi A sempat menyelamatkannya.. Selepas B sudah pulih sepenuhnya dari kejadian tersebut, dia menulis di atas batu ayat ini...

Teman yang telah menampar dan yang telah menyelamatkan nyawa teman baiknya itu bertanya kepadanya,


"Setelah saya menyakitimu, kamu menulisnya di pasir dan sekarang, kamu menulisnya diatas batu, mengapa? "


Temannya pun menjawab :


"Ketika seseorang menyakiti kita, kita harus menulisnya diatas pasir, agar ombak dapat menghilangkan dan dapat menghapusnya sehingga dapat termaafkan. Tetapi ketika seseorang melakukan sesuatu yang baik kepada kita, kita harus mengukirnya diatas batu dimana tak ada ombak yang dapat menghapusnya"


"Tulislah sakit hatimu di atas pasir, dan Ukirlah kebaikan dia atas batu"


Akhirnya... Terukir di atas pasir di pantai tetapi tak sempat ukir di batu.. Insyaallah lain kali pula..


“ Yuk, kita pulang dah pukul berapa ni.. Nak beli barang lagi..”..


Bila sampai di rumah.. Masing-masing kepenatan... Macam-macam perasaan ada.. Gembira sebab dapat berjaulah, sedih sebab lepas ni cuti panjang jadi tak dapat jumpa lagi, terharu sebab disambut dengan meriah oleh mualimah kita dengan keluarganya dan lain-lain perasaan la...


Malam tu bertolak ke Putrajaya dan Alhamdulillah sampai dengan selamat...


Syukran ya Ukhti semua.. Insyaallah lain kali kita berjaulah ke tempat lain pula.. Serta bilangannya akan bertambah..


Empat sekawan itu.. Ukhuwah Fillah Abadan Abada.. Insyaallah..


~ The End ~

Waallahualam

“ Sebarkan salam, Semarakkan amal, Jadilah pecinta Al-Quran ”




Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

2 ulasan:

Nur Kemuliaanku berkata...

ulasan yang pertama;hehe

mmg da ditakdirkan saya x pergi..
kerna nama yg pergi mesti "ah" kat blkg..

nabilah,nadhirah,majidah,rasyidah

kalau kite ada "izati"..kan slack tu..huhu

bestnye mndi sungaiiiiii

" NuR Itu CaHaYa " berkata...

aah la ati kbetulan nme "ah"... hehe xprasan lak... huhu...

xpe lps ni ade lg yg strusnya,,,